Friday, December 28, 2007

Bye bye....hye hye...

Lagi 4 hari 2007 akan mengucapkan 'bye bye' dan 'hye hye' pula akan diucapkan oleh 2008.Agak sedih jugak ah aku yang penuh emosi ni.Macam macam kesukaran aku lalui sepanjang 361 hari lepas.Dan tak dinafikan ada jugak yang best aku tempuh.

Paling best sekali aku dapat menghadiahkan kat diri sendiri sebuah kerete yang dibeli setelah menitik-nitik peluhku.Walaupun bukan kerete mewah atau kerete kebal,tapi yang penting ia mempunyai 4 roda tambah 1 tayar spare dan mampu membawa aku pergi kerja juga pergi dating tanpa mengharap pada kerete orang lain atau kenderran awam.Kerana kerete itu juga aku dapat sekali Notebook jenama Toshiba yang aku dapat free dengan pembelian kerete itu.Maka termakbul lah keinginan dan harapan aku selama ini.

2007 -Bukan tahun ong yang membawa berkeping keping not bernombor dan gambar kepala Gabenor secara keseluruhannya.Kerja juga agak suram dan tiga pat bulan kebelakangan ni aku hanya berhibernasi di dalam opis dan bilik kecilku tanpa ada rasa untuk keluar berjalan jalan mencari sumber pendapatan lebih seperti tahun tahun sebelumnya.

2008- Harapan aku adalah untuk menaiktarafkan poketku supaya aku boleh bergembira dengan lebih jayanya disamping menghulurkan sebahagiannya kepada mak ayah aku walaupun aku lebih memerlukan dari mereka. ( hikhikhik....) .Cuma keberkatan dan doa dari mereka je la yang aku harap sangat supaya hidupku lebih aman dan damai di sini mahupun di sana... ( Aminnn..... ).

Perancangan aku untuk 2008 masih under construction.Sedikit waktu lagi aku akan membentangkan perancangan untuk tempoh 365 hari akan datang.Sisa sisa 2007 ini aku akan gunakan untuk post mortem dan settlekan apa apa yang perlu.

Hari ini aku telah menunaikan hasratku untuk memandikan kerete kecilku ( hantar kedai tolong mandikan..) setelah 3 bulan tidak melakukan demikian ( atas faktor cuaca yang tidak menggalakkan ).Hari ini aku akan cuba settlekan projek tertunggak supaya tidak perlu drag projek projek itu ke 2008.

Sekian.

281207 @ 1137

No comments: