Sejak sekian lama semalam adalah ahad yang paling sempurna aku rasa.Sepanjang hari aku kat umah menjadi suri rumah yang berjaya.Bermula jam 8 am aku menjalankan operasi membasuh pakaian yang penuh sebakul.Pastu aku pun men'continue' dengan pembersihan seisi rumah tidak ketinggalan rumah kucing.Bla..bla...bla...kemudian aku pun berasa lapar.Kerana tiada rasa nak keluar aku pun menyelongkar apa yang patot.Nasib aku baik kerana terjumpa setin sardin yang aku beli sendiri dengan duit aku bulan lepas.Akhirnya aku berjaya menyediakan santapan tengahari.Pastu sambung lik ngan kerja-kerja rumahtangga.Akhir sekali,selepas segalanya selesai aku pun melepakkan diri sambil menghabiskan masa menonton L-Word season 4.Kalau nak harap tengok weekdays..harapan la.
Walaupun aku berasa teramat letih kerana kerja-kerja aku hanya berakhir pada pukul 4.30 petang tapi aku sangat gembira.Selalunya Ahad bukan merupakan cuti secara amnya untuk aku.Di pagi buta yang damai boss aku selalunya akan menghangatkan suasana dengan menelefonku mengajaknya meronda ronda mencari customer dan melawat site atau pun aku terpaksa bekerja secara sukarela menjalankan training pada designers baru.
Semuanya berjalan sempurna sehingga aku call Kicap untuk memaklumkan aku dah confirm dengan renter baru untuk memasuki rumah by tomorrow.Aku dah malas nak fikir lebih lebih untuk kebajikan orang sedangkan orang tak pernah nak fikir tentang kebajikan aku.So,fine ah.I go with the flow... ( Hanya orang-orang yang berkenaan je yang faham..)
31122007 @ 1006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment