Monday, December 31, 2007

Catatan bisu buat kamu..

Kicap...sebagai seorang kawan,aku harap ko telah buat keputusan yang terbaik untuk masa depan ko.Setelah apa yang ko lalui selama ni,aku harap ko tak akan mensiakan peluang dan ruang yang ko ada.Semua orang ada masalah.Tapi yang penting macam mana kita berurusan dengan masalah itu.Kerana ko bukan orang yang mampu menerima pendapat dan teguran,aku hanya diam dan berharap apa yang ko buat dan fikir itu betul.

Yes.Nobody can understand us more than ourself do.Jika aku bukan orang yang layak untuk bersuara,kerana aku juga manusia tak sempurna yang penuh cela dan dosa,maka aku berharap akan ada orang yang mampu berbuat macam tu.Wish you all the best buddy.Walaupun aku sendiri tak tau apa perancangan ko,apa yang tersirat di hati dan fikiran ko,aku harap ko betul.Aku dan kawan kawan disini hanya mampu berharap ko selamat kat sana dan berjaya dengan apa yang bakal ko buat.

Memang kami kecewa dan kecik ati dengan tindakan melulu ko yang tak pernah nak berdiskusi dalam membuat keputusan.Mungkin kami tak layak,or maybe we are not at your level,maka kami hanya memerhati dari jauh.Mungkin orang orang yang baru ko kenal tu lebih bermakna dari persahabatan kita yang bertahun dengan pelbagai corak yang terlakar,tapi kalau ko tak sedar,ataupun tidak ada rasa untuk menghargai,up to you dude.Memang kami tak membantu dengan wang ringgit yang berkepuk-kepuk.Kami tak memandikan ko dengan pujian dan sanjungan macam kawan- kawan baru ko.Tapi kami juga tak pernah mengharapkan apa apa balasan dari apa yang kami buat untuk ko.Kerana ko selalu berasa berada di atas,kami akur.Kami hanya kawan yang ikhlas menegur dan mengambil tau,bukan kerana kami busybody,tapi persahabatan kita adalah lebih dari hanya ikatan sementara...sebagaimana yang ko hadapi bersama mereka-mereka.

Semoga suatu hari ko akan sedar dan faham.Selamat berjaya.Semoga 2008 menjadi fasa gemilang dalam hidup ko.Keluarlah dari kotak yang ko cipta sendiri.Dunia di luar sana sangat indah kalau kita melangkah di jalan yang betul.You can't expect world to be the way you want it to be.Walaupun ko takkan baca catatan ini ( sebab ko tak tau blog aku..) ,ni je yang mampu aku buat sebab aku tak daya nak zahirkan apa yang aku rasa.Bagi pihak kawan kawan disini,aku nak ko tau,kami semua sayang ko dan persahabatan kita.Semoga ko tak lupa...

Hari yang sempurna..

Sejak sekian lama semalam adalah ahad yang paling sempurna aku rasa.Sepanjang hari aku kat umah menjadi suri rumah yang berjaya.Bermula jam 8 am aku menjalankan operasi membasuh pakaian yang penuh sebakul.Pastu aku pun men'continue' dengan pembersihan seisi rumah tidak ketinggalan rumah kucing.Bla..bla...bla...kemudian aku pun berasa lapar.Kerana tiada rasa nak keluar aku pun menyelongkar apa yang patot.Nasib aku baik kerana terjumpa setin sardin yang aku beli sendiri dengan duit aku bulan lepas.Akhirnya aku berjaya menyediakan santapan tengahari.Pastu sambung lik ngan kerja-kerja rumahtangga.Akhir sekali,selepas segalanya selesai aku pun melepakkan diri sambil menghabiskan masa menonton L-Word season 4.Kalau nak harap tengok weekdays..harapan la.

Walaupun aku berasa teramat letih kerana kerja-kerja aku hanya berakhir pada pukul 4.30 petang tapi aku sangat gembira.Selalunya Ahad bukan merupakan cuti secara amnya untuk aku.Di pagi buta yang damai boss aku selalunya akan menghangatkan suasana dengan menelefonku mengajaknya meronda ronda mencari customer dan melawat site atau pun aku terpaksa bekerja secara sukarela menjalankan training pada designers baru.

Semuanya berjalan sempurna sehingga aku call Kicap untuk memaklumkan aku dah confirm dengan renter baru untuk memasuki rumah by tomorrow.Aku dah malas nak fikir lebih lebih untuk kebajikan orang sedangkan orang tak pernah nak fikir tentang kebajikan aku.So,fine ah.I go with the flow... ( Hanya orang-orang yang berkenaan je yang faham..)

31122007 @ 1006

Friday, December 28, 2007

Bye bye....hye hye...

Lagi 4 hari 2007 akan mengucapkan 'bye bye' dan 'hye hye' pula akan diucapkan oleh 2008.Agak sedih jugak ah aku yang penuh emosi ni.Macam macam kesukaran aku lalui sepanjang 361 hari lepas.Dan tak dinafikan ada jugak yang best aku tempuh.

Paling best sekali aku dapat menghadiahkan kat diri sendiri sebuah kerete yang dibeli setelah menitik-nitik peluhku.Walaupun bukan kerete mewah atau kerete kebal,tapi yang penting ia mempunyai 4 roda tambah 1 tayar spare dan mampu membawa aku pergi kerja juga pergi dating tanpa mengharap pada kerete orang lain atau kenderran awam.Kerana kerete itu juga aku dapat sekali Notebook jenama Toshiba yang aku dapat free dengan pembelian kerete itu.Maka termakbul lah keinginan dan harapan aku selama ini.

2007 -Bukan tahun ong yang membawa berkeping keping not bernombor dan gambar kepala Gabenor secara keseluruhannya.Kerja juga agak suram dan tiga pat bulan kebelakangan ni aku hanya berhibernasi di dalam opis dan bilik kecilku tanpa ada rasa untuk keluar berjalan jalan mencari sumber pendapatan lebih seperti tahun tahun sebelumnya.

2008- Harapan aku adalah untuk menaiktarafkan poketku supaya aku boleh bergembira dengan lebih jayanya disamping menghulurkan sebahagiannya kepada mak ayah aku walaupun aku lebih memerlukan dari mereka. ( hikhikhik....) .Cuma keberkatan dan doa dari mereka je la yang aku harap sangat supaya hidupku lebih aman dan damai di sini mahupun di sana... ( Aminnn..... ).

Perancangan aku untuk 2008 masih under construction.Sedikit waktu lagi aku akan membentangkan perancangan untuk tempoh 365 hari akan datang.Sisa sisa 2007 ini aku akan gunakan untuk post mortem dan settlekan apa apa yang perlu.

Hari ini aku telah menunaikan hasratku untuk memandikan kerete kecilku ( hantar kedai tolong mandikan..) setelah 3 bulan tidak melakukan demikian ( atas faktor cuaca yang tidak menggalakkan ).Hari ini aku akan cuba settlekan projek tertunggak supaya tidak perlu drag projek projek itu ke 2008.

Sekian.

281207 @ 1137

Tuesday, December 25, 2007

Diaorang...

Dalam hidup aku,selain family,hanya ada beberapa orang je yang bebetul involve dalam senarai aku.Antaranya ;

Ulam raja - Member sejak aku kenal apa erti senget.Dialah antara butch terawal yang aku kenal.Kitaorang dah berkawan sejak empat lima tahun lepas.Orang yang paling banyak tau wangi dan busuk aku.Sekarang pon duduk dekat dekat je walau tak serumah.Dari zaman belajar sampai la dah zaman makan gaji kitaorang masih mengadap muka masing-masing walaupun bukan hari-hari.

Sitimun - Partner Ulam Raja.Diaorang tinggal serumah.Antara member aku yang terdekat juga.Kiranya kalau aku kaya raya dalam wasiat ada la tercatat nama dia...hikhikhikhik.

Kicap- Hausmate aku.Tapi dia nak blah dah.Orang yang paling banyak mempengaruhi mood aku buat masa ini dengan segala macam rasa manis,masam,pahit,payau dan seumpamanya.Sangat susah nak difahami dan perasan bagos sangat.Selalu bagi aku tsunami sebab pemalas tahap anak menteri.

Mamapoka- Partner.Soulmate.Kawan sedih.Kawan happy.Kawan gaduh.Nama lagi partner...she's part of me.

Mereka adalah watak utama dalam hidup seharian aku.Aku tak ramai kawan dan tak berminat untuk menambah bilangan kawan tanpa sebab setelah pengalaman pengalaman sudah.Hari ni kawan,bila bila pun boleh jadi lawan.Biar ah sikit je kawan aku asalkan yang ada ni boleh dipanggil kawan.Yang lain tu lebih kepada kenalan.Terlalu sophisticated ke aku ? Tah...aku sendiri pun kurang tau....

NOTE:Nama sebenar dirahsiakan untuk tujuan kesihatan dan kecergasan.

261207@0008

Kutukah aku ???

-Intro-
Setelah sekian lama aku memendam dan memeram rasa setelah aku tidak lagi percaya kepada objek bernama diari setelah beberapa kali objek itu dicerobohi maka dengan ini aku pun merasakan tiba sudah masanya aku buat blog sendiri.Salah satu puncanya sebab aku rasa dengki lak sebab semua orang ada blog.Lagi satu sebab aku nak kurangkan dosa mengata.Abistuh kalo tetiap kali aku marah dan berbakul dosa menyumpah,baik aku lepaskan je kat skrin tak bernyawa ni.Bukan orang kenal pun makhluk yang bakal jadi sasaran kutukan aku tu nanti.Hikshiks...apa punya psyco ah....


Kenapa aku bukan kutu..??
-Kutu itu adalah sejenis binatang yang suka hinggap kat kepala busuk sedangkan aku suka menempel kat kepala-kepala wangi je.

- Kutu adalah sejenis binatang bersifat parasit yang meneguk darah secara free dan tidak mendatangkan sebarang manfaat kat orang yang menjadi mangsanya malah orang tu nanti mesti kena 'off' punya sedangkan aku lebih suka dengan sifat simbiosis yang tidak mendatangkan kerugian pada sesiapa.

-Orang-orang yang didefinisikan sebagai kurang bermanfaat pada bangsa,negara juga agama dipanggil kutu rayau,kutu lepak dan sebagainya.Aku tidak kaya juga tidak papa kedana.Yang paling penting aku bukan kaki rayau,kaki botol,kaki serbuk,dan sebagainya yang didenifisikan sebagai keji walaupun aku kaki bangku.Aku mempunyai kerjaya walaupun bukan seorang doktor atau lawyer.Aku juga mempunyai kereta sendiri walaupun aku tidak memiliki Lancer,Wish,Yaris apalagi Kompressor.

-Mengikut definisi wikipedia kutu adalah sejenis serangga halus yang hidup di celah bulu atau rambut yang mengesahkan kenyataan bahawa aku bukan seekor kutu.


251207 @ 2337