Thursday, May 29, 2008

OLYMPUS AUTO FOCUS
( amaazinggggg...)



{ Hurrrrrmmmmmmmmm....}


Wednesday, May 28, 2008

Tuesday, May 6, 2008

TENTANG HIDUP


1
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
2
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
3
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
4
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
5
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
6
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
7
Percayailah cinta pandang pertama.
8
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
9
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
10
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
11
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
12
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
13
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
14
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
15
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
16
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
17
Berpeganglah kepada tiga R:1. Rasa hormat pada diri sendiri;2. Rasa hormat kepada orang lain;3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
18
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hamamerosakkan sebuah persahabatan yang besar.
19
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
20
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

Sensasi masa kini...~







Ilmu untuk dikongsi bersama...


Pagi semlm dengar radio IKIM (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulullah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"


Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut"
Statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!


"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan"A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.Semoga ada manfaatnya.


Notis : Disedut dan diedit dari sebuah forum.

Ajari aku bercinta lagi...

Tajuk itu sungguh geletis kedengaran
Tapi ia menggambarkan jiwa aku yang menggeletis juga saat ini
Walaupun aku tak berapa pasti lah apa maksud sebenar perkataan tu
Tapi kerap aku dengar
Dan aku pun tumpang guna

Dah lamaaaaa sangat rasanya
Aku tak pernah ada hati berbual soal kekasih hati
Hakikatnya aku tak sendiri
Aku mengaku dipunyai...tapi aku macam tak rasa plak dimiliki
Faham tak apa aku kata..??
Tah aku pun tak berapa tau
Sejak lama dulu aku cuba mengalih bicara
Bila mereka bertanyakan orang tercinta

Dulu...akulah insan paling jongos
Pagi petang memegang gunting dan gam
Kertas berwarna dan segala perkasasan mencari ilham
Untuk dipos kepada dia yang aku rindu
Bersambung di corong telefon menjelang malam
Menapak aku 3 4 pagi
Mencari public phone yang berfungsi
Syiling penuh poket kanan kiri
Demi mendengar suara kekasih hati

Tapi kini.......alasan demi alasan aku bagi
Untuk tidak menjawab panggilan
SMS pun aku tak heran
Lepas waktu kerja telefon ku campak ke tepi
Baik ku layan siaran di TV
Atau berminum minuman bersama teman.

Kan aku dah cakap...
Start je topik ni aku mula boring
Lain kali je lah aku sambung....


Notis : Aku bosan.Ngantuk.

Monday, May 5, 2008

Aktiviti membersihkan sawang..~~

Singgah sebentar aku di blog aku yang dah bersawang ( bak kata sahabatku..) bagi menandakan blog ini dan bloggernya masih wujud...hikhikhik.Antara sebab-sebab yang membuatkan blog ini tidak aktif buat beberapa waktu adalah seperti berikut ;

1. Isnin - Sabtu ( 9am - 7pm ) aku sangat sibuk dengan urusan pekerjaan kampeni bos aku di mana aku hanya kuli yang menyumbang kepada profit syarikat.

2. 2-3 minggu kebelakangan ini aku melakukan pekerjaan sampingan bagi mencari pendapatan lebih untuk menampung kos insuran kereta yang bakal expired pada 10 May 2008.

3.Aku sibuk menguruskan projek tambahan rumah sedia ada bagi mendapatkan komisen merangkap duit raya.

4.Aku sibuk melepak di kedai makan membincangkan hal hal berkaitan mewujudkan perniagaan sendiri juga untuk menjana pendapatan dan mendapat title bos.

5. Aku tidak mempunyai internet koneksi ketika tamat waktu bekerja kerana sumbernya selalu juga sibuk.

6.Sedikit masa yang terluang telah aku gunakan sepenuhnya untuk merehatkan minda dan meregangkan badan.Antara aktiviti riadah yang telah berjaya aku lakukan dalam tempoh 2 bukan kebelakangan ini adalah ;

a) Makan malam di Juara Tomyam
b) Makan malam di My Friend Tom Yam
c) Membeli pasu di Plaza Angsana
d) Berkaraoke di Red Box
e) Mengambil angin beberapa kali di Danga Bay selepas pukul 12a.m
f) Menonton siaran langsung Akademi Fantasia di rumah teman.
g) Main panas dan air sambil mengutip batu batu laut di Sedili.
h) Beberapa kali bangun lewat ( selepas jam 8.30am )

Itulah saja aktiviti yang dapat aku laksanakan sepanjang 2 bulan ini.Kamu rasa aku membosankan..??? Ekleeehhh...sukati aku lahhh!!~ ( Tahpepejetah......) :P

Tuesday, April 1, 2008

Errghhh bengangnya aku..!!~

Grrrr....dah dekat 2 jam aku cari lirik lagu Ahli Fiqir -Dia Datang.Apsal semua web kasik lirik lain ?? Ke..aku yang salah ke..?? Ada ke sesapa yang tersesat kat sini boleh membantu ?? Inilah lirik yang aku dapat dari web---------------->


Imran:Sila ambil perhatian bahwa tiada pengertian
Antara kau, aku dan semua di pinggiran
Enak saja berbicara dunia dia yang punya
Jangan dibiar bertepuk tangan sebelah saja
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri
Sudah masuk waktu kami berdiri dengan sendiri
Biar apa kata orang biarlah orang berkata
Walau apa kata orang biar biar
Biar apa kata orang biarlah orang berkata
Walau apa kata orang biar biar
Tak perlu rasa tertekan usah lagi terus dilayan
Itu kan mulut orang bukannya mulut tempayan
Rambut semua sama hitamnya perangai tak semua serupa
Lain orang, lain cara, tingkah dan bicara
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri
Sudah masuk waktu kami berdiri dengan sendiri
Biar apa kata orang biarlah orang berkata
Walau apa kata orang biar biarBiar apa kata orang biarlah orang berkata
Walau apa kata orang biar biar
Mawar Berduri:Ha, kata orang mati semut kerana gula
Orang kata manis mulut dibibir saja
Kata orang rambut sama hitam hati berbeda
Ha, orang kata pandang-pandang
Berkata malam berbisik biar di telinga
Kerna cakapan sejengkal akan dibawa sehata
Dengar cakap enggan makan buah beluluk
Dengar cakap orang terjun masuk lubuk
Jangan mudah terikut, jangan mudah mengikut
Bila diri tersangkut, luka tak dapat dibalut
Imran & Mawar Berduri:Bilakan ada yakin dan percaya
Imran:Tepuk dada tanya selera
Imran & Mawar Berduri:Jika masih ada syakwasangka
Imran:Biarkan begitu saja
Imran & Mawar Berduri:Biar kata orang, orang berkata
Imran:Tiada untung, ruginya, kita semua sama saja
Imran:Biar apa kata orang biarlah orang berkata
Walau apa kata orang biar biar
Biar apa kata orang biarlah orang berkata
Walau apa kata orang biar biar
Biar apa kata orang biarlah orang berkata
Walau apa kata orang biar biar
Biar apa kata orang biarlah orang berkata
Walau apa kata orang biar biar

Friday, March 28, 2008

Kusut

Dah berapa ari aku mengamalkan kaedah escapism.Kelemahan aku adalah bila berhadapan dengan multitask yang memerlukan solusi segera dan yang paling parah bila aku tak dapat mencari kaedah untuk melaksanakannya ! Ces...sopistiketed la plak...Bahasa mudahnya...aku nak kena siapkan design ni tapi tak ada idea !! Huhuhuh...tulunnn......;(.Projek ni dah overdue.Belum lagi masuk 2 3 projek aku punya sendiri lagi.Kelmarin tambah lagi satu..menjadikan keseluruhan projek yang pending berjumlah 5 !Esok Sabtu..semalam aku mengelat tak nak gi meeting sebab proposal yang aku cakap dah nak siap tu sebenarnya tak sampai 10% pun complete.Aku tandus....gersang..kontang.....idea.Oh...tidak...Andainya aku Nobita..pastinya Doraemon adalah makhluk yang aku perlu saat ini.Hukkhuhkkk..


Dah banyak hari aku kat depan PC ni cari idea.Tapi tak tau a gi mana semua idea aku ni.Itulah pasal...bila cuti lebih 2 hari je..otomatik le minda aku pun cuti.Masalahnya minda aku cuti lebih lama dari aku.Macam mana..??? Apakah yang perlu aku lakukan untuk memaksa mindaku ini bekerja semula...?? Aku tidak mahu menyebabkan company bukan milik aku ini bankrup atau setidak tidaknya mengalami kerugian oleh kerana mindaku yang bermain cak cak dengan aku ni.Idea.....datang aa....datanggg aaaa...Aku baru je kunun nak bikin mercu tanda ni.Marilah kita bekerja semula...Hukkhuk....;(


Thursday, March 27, 2008

Wednesday, March 26, 2008

Na na na na naaaaaaa......


Lama gle aku tak merepek kat sini
Kadang kadang ada gak ah aku terasa nak menaip...
Tapi aku tetiba busy download L-Word season 5 plak
Ditambah kerja yang tak sudah sudah kat opis ni
Maka terbantut la hasrat murni

Kadang kadang aku nak sangat buat sesuatu yang lain
Yang boleh menyalurkan inspirasi
Pada saat saat aku sangat perlukan bantuan untuk berimaginasi
Kerana buku buku design yang bertaburan di lantai tak mampu membantu
Selain pameran idea idea basi....huuuuhu

Tetiba Ulam Raja ajak gi BP
Buat fotografi
Yeahhyeahhhh aku sungguh hepi
Walaupun aku tak ada camera.....tapi
Menyebok pun boleh la....asalkan dapat keluar sebentar dari JB
Kebetulan yang best pula...
Sehari sebelum pilihanraya
Aku dapat join jentera Puteri
Tolong jentera Dato' Noraini
Demi memeriahkan suasana....dan wang kopi...warghwarghwargh..

Seronok sungguh aku rasa
Walau tak terkata penatnya
Lena gle aku tido dalam kereta

Balik ke opis semula...
Kerja kerja kerja
Tetiba assistant resign
Meninggalkan kerja yang separuh jalan
Grrrrhhh..aku nak bertukar jadi Hulk Hogan.

Kerja kerja kerja
Umpama Bionic Woman
Aku kan terrer.....jadi teruskan bekerja
Nasib baik...aku dibantu Mamapoka
Walaupun kejap je dia ada kat sini
Sekurang kurangnya.....aku ada pembantu...dan pemandu peribadi
Kuikuikuikui......



Monday, January 21, 2008

Ahad yang penat...

Jumaat , Januari 18


Kol 7pm aku sampai umah Bendi dah tunggu nak gi menonton.Lama giler dah aku tak gi menonton di pawagam. (.....adalah dalam 3 minggu...hiks..).Memula Ulam Raja pun nak join tapi timing tak kena sebab dia kena anta Sitimun nek bas pulang ke kampung.Jadi kami pun pegilah Tebrau City berdua tengok Cloverfield yang membawa kepada pengalaman baru dalam arena menonton dipawagam....

Sesungguhnya...tak pernah aku keluar wayang dengan menahan tekak dari tidak merembeskan isi perut.Huhuhuhu..keluar je movie trus aku cari toilet dlu.Keluar smua cheezel yang aku makan masa menonton tu.Dan yang pasti bukan aku sorang je yang mengalaminya.Kebanyakan orang yang menonton itu juga tidak mampu lagi berjalan lurus.Semua jalan slow motion jer sambil memicit micit kepala.Kenapa..?? Tengok ah sendiri..hak hak..

Pastu kitarang gi lepak makan bubur kat Sentosa.Pastu pulang.Disebabkan sabtu kitarang masih kerja so takleh a balik lambat lambat.Sambung sabtu ah plak nanti..



Sabtu , Januari 19

Macam biasa ofis abis kol 3pm tapi kol 4pm baru aku kuar.Tetiba aku sakit perut giler..menyucuk nyucuk macam ada jarum...aku pegang perut aku dah keras giler.Kalau nak kata masuk angin..tengahari tu aku dah melantak nasik ayam dah.Aku dok mengerang tahan sakit sampai tertido jap kat atas meja.Bila bangun tengok jam dah pukul 4pm.Terus aku balik sebab dah janji ngan Bendi dan Ulam Raja Untuk pegi menonton di pawagam....lagi.

Sampai umah..siap-siap..kol 6.30pm kitarang gerak ke CS.Cadangnya nak menonton Kala Malam Bulan Mengambang...saja nak kasik clear sket jiwer tengok lepas nonton Cloverfield pada malam sebelumnya.Tiket kol 9.30pm tapi masa beli tiket baru kol 8.So kitarang pun fikir ada baiknya gi makan dlu.Lalu kamipun keluar menuju ke Stulang dan seterusnya ke fav. spot - Sayam.Lepas melantak nasik daging kunyit bersama kerabu sotong juga barli es..kitarang kembali lah semula ke CS.

Kiranya aman jugak a jiwer aku selepas bergelak ketawa sehingga ada kalanya keter'over'an menonton KMBM tu....boleh a tahan sekadar menghibur hati...Pastu kitarang gerak ah pulang.

Ahad , Januari 20

Bendi tido umah aku malam Sabtu.Tak pernah-pernahnya aku bangun lambat tetiba lagi 10 minit kol 11am baru tersedar.Huhuhuhu....syiookk sungguh tido.Bangun je trus ajak Bendi branch ( bekpes + lunch ).Kitarang berdua je sebab Ulam Raja ada projek..hekhek....Pas makan kitarang ada hal kat Kempas jap..pastu kitarang pun gi ke Tebrau City ...lagi untuk menonton wayang....lagi dan lagi.....hakhakhakhak..Takpe janji kitarang hepi....

Kali ni kitarang tengok Sweeney Todd pulak.OK le..standard citer Tim Burton dan koncu-koncu 'darkness'nyer.Johnny Depp wajib la ada.Teringat plak Sleeping Hollow.Walaupun mamat Gothic ni menakutkan tapi sekurang kurangnya hasil kerja dia membolehkan dia jadi jutawan.Ada a manfaat walaupun dia tu Gothic ke hapa ke yang penting ada sesuatu yang boleh dia banggakan tolak a kefahaman dan agenda dia.Aku bukan sokong Gothic ek...tapi itulah Omputeh ni.Mereka adalah si jahat yang berilmu.... (...ampunkan aku ).Walaupun apa yang diaorang buat tu mengarut dan sah sah menipu minda kita..tapi masih ada point yang boleh diterima sehingga kita sendiri terleka.

Thursday, January 17, 2008

Hunks.... hunks....

Saja je aku tarok tajuk macam tu.Aku kat umah Ulam Raja...tumpang ber'tenet' sambil menonton DEAL OR NO DEAL-THE HUNKS.Sungguh kacak la mamat mamat hunks tersebut.Nasib aku senget..jadi kurang a menghargai kekacakan mereka.Kalau minah minah kat luar tuh..adei...lelehh kot.

Dah 3 ari kat opish tuh tak der 'tenet'.Kat lua tu ujan lagi...bunyi guruh tu sungguh menakutkan.Siang siang panas terik plak.Rindu le plak aku kat diary maya nih.Sebenarnya aku tak tau nak taip apa.Petang tadi aku gado ngan Mamapoka.So ada a gak modal aku nak taip.Tapi tenet plak takder siang tadi.Malam ni cadang nak upload benda yang aku taip kat Words tuh.Tapi tak bawak pendrive plak...Alahaiii......Malas ah nak balik ambik.

Mamapoka sms...

" Mara saya lagi ke.."

Aku tak tau nak jawab apa.Marah ke.???Macam tak....cuma malas nak reply.Aku bosan ah syik bertekak.Borinkkkk....!!!!

170108@2115

Monday, January 14, 2008

Ekskul ( 2006 )

Hujan lebat kat luar tuh....adehh macam mana nak drive balik ni??Hari ni hari malas sedunia.Aku ngan member sebelah ni syik mengular je...sambil men'surf' tenet..dari semalam tenet je...Aku pun tak tau aku buat pe je ngan tenet nih.Cam biasa view blog,friendster,photoshop tutorial dan lain lain lagi...

Petang ni aku rasa nak tengok movie lak.Aku pun bukak balik cerita yang aku sedut kat tenet beberapa bulan lepas.Aku dah tengok dah citer ni.Tapi aku tengok gak lagi...Kat orang-orang yang keras ati dan jantung aku sarankan tengok citer ni.Test tengok..meleleh tak.Citer ni bukan citer jiwanks atau citer antoo.Bukan juga citer lawan lawan atau citer alien apatah lagi citer perang.Bukan..... bukan.... bukan..!

Citer ni based on true story yang berlaku di Indonesia ( citer Indon ah...).Mengisahkan budak yang selalu dibuli dan bermasalah di rumah sampai membawa kepada tindakannya mendapatkan senjata api dan mengurung/menculik kengkawan yang mendajalkannnyer selama ni.Tak tau lak aku a camna nak eksplain.Korang gi lah cari citer ni.Berbeza a dengan citer citer lain.

Walaupun pada awalnya citer ni agak bosan tapi jangan risau pasal dah kat tengah tengah nanti dia akan menjadi best dan yang penting ini bukan citer anti-klimaks ( citer tergantung aaahh! ).Kalau korang tengok ngan awek mesti best pasal ti mesti awek korang nangis tersedu sedu kat bahu korang. ( Part yang paling best...:P).

Apapun citer ni mmg sedih aa..Berapa kali aku tengok pun mesti kembang kempis idong kontrol nak nangis...HuhUhuuhUH....Korang leh review sesikit pasal citer tu kat sini----->EKSKUL.
Tapi tak tau a korang faham ke tak.Coz ulasannya dalam bahser Indon..

K...Balik time....

Sunday, January 13, 2008

Senaman mulut 2....

Sila tekan sini
------->Pencinta wanita versi Kelantan
------->Bush Gilo

Senaman mulut....

Kerana kebosanan aku pun telah terbaca satu 'post' yang agak lawok ( pada pandangan aku ah..) Disebabkan perancanganku untuk bersenam petang ini terbantut kerana hujan,maka aku rasa senaman mulut juga sudah memadai...

Sila la baca hasil 'sedutan' di web orang lain ni..



Part 1

Cikgu Nasyor sdg mengendali kelasnya dlm aktiviti sukan di pdg sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid2nya melakukanregangan otot. Tiba disatu bhgn, di mana murid2 baring dan mengangkatkaki lalu menggerakkannya seperti mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhatikan seorg muridnya yg pada mulanya menggerakkan kakinya tiba2 memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yg bernama Man Tapah.

Cikg Nasyor : Woi Man!! Apa sebab ko berenti ni hah?Man
Tapah : Ohh..Cikgu Nasyor, basikal saya tgh turun bukit cikgu, tula pasal saya berenti. Takkan nak kayuh jugak.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Part 2

Waktu sekolah tlh tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid2nya.

Cikgu Nasyor : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tgn kecuali Man Tapah, lalu Cikgu Nasyor pon bertanya,
Cikgu Nasyor : Man, awak tanak masuk/pergi syurga?
Man Tapah : Mak saya kata lps abis sekolah, terus balik rumah..jgn pergi mana2
------------------------------------------------------------------------------------------------

Part 3

Cikgu Nasyor sdg mengajar subjek BM dlm kelas 1 Mawar.

Cikgu Nasyor : Man, boleh kamu buat ayat dgn mengunakan perkataan tepung?
Man Tapah : Itu senang aje cikgu, ayatnya ialah….emak sdg membuat kek didapur.
Cikgu Nasyor : Mana tepungnya??
Man Tapah : Tepungnya kan ke dlm kek tu.Cikgu ni x sekolah ke hapee??
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Part 4

Seperti biasa Cikgu Nasyor ni mengajar pelajar di sekolah agama. CikguNasyor mengajar budak tahun 1. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab'Cara Berwudhuk'. Selepas mengajar, beliau selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdpt kemusykilan.

Cikgu Nasyor : Ada sesape nak tanya soalan?

Tiba2 seorg anak muridnya mengangkat tgn, nama murid itu adalah Man Tapah.

Man Tapah : Ada cikgu, saya ada 1 kemusykilan. Boleh tak kita amikwudhuk 2 kali?
Cikgu Nasyor : Boleh, tp nape smpai 2 kali amik wudhuk?
Man Tapah : Saya amik 2 kali sbb kalo saya terkentut, wudhuk lg 1 boleh kaver…
Cikgu Nasyor : Allahuakbarrr…
------------------------------------------------------------------------------------------------

Part 5

Cikgu Nasyor : Joe, cuba trgkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Skrg giliran wani pula. Apakah tugas btg pokok pisang?
Wani : Untuk bawa makanan yg dicari akarnya cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Skrg giliran Man Tapah lak. Apakah tugas daun pisang?
Man Tapah : Untuk membungkus nasi lemak cikgu..
Cikgu Nasyor : Uuii..lagi bagus, berdiri atas kerusi smpai abis kelas..

------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian.Selamat Bersenam.

Saturday, January 12, 2008

Azam tahun baru

Azam tahun baru......

1.Bekerja lebih keras supaya poket lebih hensem.
2.Mengurangkan kepanasabaranan supaya risiko sakit jantung turut berkurangan.
3.Mengeratkan semula silaturrahim yang boleh dierat.
4.Sentiasa memastikan rumah dan bilik dalam keadaan bersih,kemas dan bebas penyakit ( Apo bondo a nih...hikss ?? )
5.Menambahkan ilmu pengetahuan supaya lebih bijak dan berjaya.
6.Tidak menambah jumlah bilangan skandal.
7.Tidak mengulangi perbuatan menyedut asap ( nama glemer-merokok ).
8.Berusaha menghindari hutang dan melunaskan hutang yang ada seperti pinjaman kereta,PTPTN dan sisa sisa hutang kedai kopi.
9.Me'master'kan diri dari segala espek berkaitan kerja supaya boleh challenge boss aku bisnes.
10.Menambah kadar 'speed' bekerja supaya lebih banyak wang boleh disedut.

Target :
1.Menghabiskan 2008 dengan baki akaun bank yang best supaya 2009 boleh gi blajar.
2.Beli camera SLR
3.Sponsor baju raya kat adek-adek juga ibu bapa.. ( Adek-adek dan ibu bapa aku sahaja..)
4.Merealisasikan agenda membuka studio bersama Ulam Raja.
5.Animoon bersama Mamapoka pada Jun nanti sempena 'eniberseri' dan 'besday'.

Dunia baru...

Awal Muharram....permulaan baru tahun Islam.Juga permulaan baru hidup aku mungkin..Aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan bermakna tahun ini walaupun seawal mula lagi aku dah dihadapkan dengan berbagai-bagai dugaan.

1 Muharram dan hari hari akhir sebelumnya....

- Ada guard dan penghuni berhampiran sound rumah aku dah di'aim' oleh JAIJ.Kesnya..ada a minah yang baru 3 bulan masuk ni bawak masuk tunang dia ke rumah time kitarang keje.Terkejut kutu gak la aku sebab tak pernah terlintas pun hal macam tu.Aku awal awal lagi dah sound kepada penghuni rumah sesungguhnya diharamkan membawa lelaki dan minuman keras di dalam rumah.Nak buat onar sila gi jauh jauh sket jangan libatkan aku dan penghuni rumah lain.

- Kicap dah selamat berangkat.Tanpa salam mahupun 'gudbye' apalagi 'jumpa lagi'..dia blah di awal pagi.Aku sedar je dah kosong je semua.Tak apa aa...hati orang lain lain kan.Alangkan rambut pun dah tak sama kaler ( seperti kata orang dulu kala -rambut sama hitam,hati lain lain ).Maka tak bermakna sudahlah peribahasa tersebut.Tapi untuk memuaskan ati aku yang tak puas dengan tindakan yang sungguh tak ber'sivik' itu,maka aku telah sms kepadanya menanyakan kenapa a dia begitu.Jawapannya buat aku taknak tanya apa apa lagi malah tidak mahu lagi mengambil tahu.Biarlah kicap terjun dengan labu labunya...Biarrrrrkannn....

- Sehari sebelum Muharram....semasa aku sedang berkobar mahu menikmati tomyam untuk lunch..mak aku call...dengan suara yang tahan meraung ( aku rasa aa...) mak aku cakap..atuk meninggal.Sejuk jap kaki tangan aku.Kabur jap pandangan.Aku letak tray makanan kat tepi.Putus tros selera makan.Aku ter'blur' jap masa tu.Tak tau nak respond macam mana.Yang aku tau macam mana nak cari jalan gi ke Selangor tu.Nak kebumi kol 5.Masa tu dah kol 2.Mana nak sampai JB-KL dalam 3 jam..??Setelah menemui jalan buntu selepas tak ada sesapa yang free untuk teman aku drive ke sana..aku pun balik je naik bas.Tapi sah-sah a tak sempat ikut kebumi.Aku redha je a.Nasib dapat EL.Al-fatihah untuk tok aku dan nenek yang baru je meninggal sebelum puasa lepas..Aku doakan dilindungi mereka dari azab kubur dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang dirahmati.Aaamin.Tahun ni...aku hanya tinggal seorang nenek je lagi.... ;(

( Untuk maklumat umum...atok aku tak sakit.Tetiba dia kena serangan jantung.Atuk aku adalah perokok tegar.Kejadian yang sama berlaku kepada beberapa orang kawan aku yang kematian ahli keluarga dalam keadaan 'mati mengejut' yang rata rata dipastikan kerana kesan jangka panjang merokok.Saluran jantung tersumbat dikenalpasti antara puncanya walaupun tak ada petanda awal serangan jantung.Kepada perokok di luar sana...berhati-hatilah.Maut boleh tiba bila bila masa.Aku juga takut kerana aku pernah menjadi perokok...Andai masa boleh diputar.. )

- Aku kehilangan seorang kawan..tapi diganti dengan seorang lagi kawan.Kawan lama yang dulu pernah hilang dari aku..tetiba muncul tah dari mana.Untuk aku yang berjiwa karatz nih ...perkara macam tu sangat menyentuh hati ah.Tuhan tu adil.Dan aku juga belajar dari pengalaman dan kesilapan.Kali ini aku akan lebih berhati hati dalam bersahabat...

1130@120108