Awal Muharram....permulaan baru tahun Islam.Juga permulaan baru hidup aku mungkin..Aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan bermakna tahun ini walaupun seawal mula lagi aku dah dihadapkan dengan berbagai-bagai dugaan.
1 Muharram dan hari hari akhir sebelumnya....
- Ada guard dan penghuni berhampiran sound rumah aku dah di'aim' oleh JAIJ.Kesnya..ada a minah yang baru 3 bulan masuk ni bawak masuk tunang dia ke rumah time kitarang keje.Terkejut kutu gak la aku sebab tak pernah terlintas pun hal macam tu.Aku awal awal lagi dah sound kepada penghuni rumah sesungguhnya diharamkan membawa lelaki dan minuman keras di dalam rumah.Nak buat onar sila gi jauh jauh sket jangan libatkan aku dan penghuni rumah lain.
- Kicap dah selamat berangkat.Tanpa salam mahupun 'gudbye' apalagi 'jumpa lagi'..dia blah di awal pagi.Aku sedar je dah kosong je semua.Tak apa aa...hati orang lain lain kan.Alangkan rambut pun dah tak sama kaler ( seperti kata orang dulu kala -rambut sama hitam,hati lain lain ).Maka tak bermakna sudahlah peribahasa tersebut.Tapi untuk memuaskan ati aku yang tak puas dengan tindakan yang sungguh tak ber'sivik' itu,maka aku telah sms kepadanya menanyakan kenapa a dia begitu.Jawapannya buat aku taknak tanya apa apa lagi malah tidak mahu lagi mengambil tahu.Biarlah kicap terjun dengan labu labunya...Biarrrrrkannn....
- Sehari sebelum Muharram....semasa aku sedang berkobar mahu menikmati tomyam untuk lunch..mak aku call...dengan suara yang tahan meraung ( aku rasa aa...) mak aku cakap..atuk meninggal.Sejuk jap kaki tangan aku.Kabur jap pandangan.Aku letak tray makanan kat tepi.Putus tros selera makan.Aku ter'blur' jap masa tu.Tak tau nak respond macam mana.Yang aku tau macam mana nak cari jalan gi ke Selangor tu.Nak kebumi kol 5.Masa tu dah kol 2.Mana nak sampai JB-KL dalam 3 jam..??Setelah menemui jalan buntu selepas tak ada sesapa yang free untuk teman aku drive ke sana..aku pun balik je naik bas.Tapi sah-sah a tak sempat ikut kebumi.Aku redha je a.Nasib dapat EL.Al-fatihah untuk tok aku dan nenek yang baru je meninggal sebelum puasa lepas..Aku doakan dilindungi mereka dari azab kubur dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang dirahmati.Aaamin.Tahun ni...aku hanya tinggal seorang nenek je lagi.... ;(
( Untuk maklumat umum...atok aku tak sakit.Tetiba dia kena serangan jantung.Atuk aku adalah perokok tegar.Kejadian yang sama berlaku kepada beberapa orang kawan aku yang kematian ahli keluarga dalam keadaan 'mati mengejut' yang rata rata dipastikan kerana kesan jangka panjang merokok.Saluran jantung tersumbat dikenalpasti antara puncanya walaupun tak ada petanda awal serangan jantung.Kepada perokok di luar sana...berhati-hatilah.Maut boleh tiba bila bila masa.Aku juga takut kerana aku pernah menjadi perokok...Andai masa boleh diputar.. )
- Aku kehilangan seorang kawan..tapi diganti dengan seorang lagi kawan.Kawan lama yang dulu pernah hilang dari aku..tetiba muncul tah dari mana.Untuk aku yang berjiwa karatz nih ...perkara macam tu sangat menyentuh hati ah.Tuhan tu adil.Dan aku juga belajar dari pengalaman dan kesilapan.Kali ini aku akan lebih berhati hati dalam bersahabat...
1130@120108
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment