Friday, March 28, 2008

Kusut

Dah berapa ari aku mengamalkan kaedah escapism.Kelemahan aku adalah bila berhadapan dengan multitask yang memerlukan solusi segera dan yang paling parah bila aku tak dapat mencari kaedah untuk melaksanakannya ! Ces...sopistiketed la plak...Bahasa mudahnya...aku nak kena siapkan design ni tapi tak ada idea !! Huhuhuh...tulunnn......;(.Projek ni dah overdue.Belum lagi masuk 2 3 projek aku punya sendiri lagi.Kelmarin tambah lagi satu..menjadikan keseluruhan projek yang pending berjumlah 5 !Esok Sabtu..semalam aku mengelat tak nak gi meeting sebab proposal yang aku cakap dah nak siap tu sebenarnya tak sampai 10% pun complete.Aku tandus....gersang..kontang.....idea.Oh...tidak...Andainya aku Nobita..pastinya Doraemon adalah makhluk yang aku perlu saat ini.Hukkhuhkkk..


Dah banyak hari aku kat depan PC ni cari idea.Tapi tak tau a gi mana semua idea aku ni.Itulah pasal...bila cuti lebih 2 hari je..otomatik le minda aku pun cuti.Masalahnya minda aku cuti lebih lama dari aku.Macam mana..??? Apakah yang perlu aku lakukan untuk memaksa mindaku ini bekerja semula...?? Aku tidak mahu menyebabkan company bukan milik aku ini bankrup atau setidak tidaknya mengalami kerugian oleh kerana mindaku yang bermain cak cak dengan aku ni.Idea.....datang aa....datanggg aaaa...Aku baru je kunun nak bikin mercu tanda ni.Marilah kita bekerja semula...Hukkhuk....;(


1 comment:

Dd said...

hoho! jgn kusut2.. kamu masih punya masa untuk ke TESCO dan menonton AF .. :D