Thursday, May 29, 2008

OLYMPUS AUTO FOCUS
( amaazinggggg...)



{ Hurrrrrmmmmmmmmm....}


Wednesday, May 28, 2008

Tuesday, May 6, 2008

TENTANG HIDUP


1
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
2
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
3
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
4
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
5
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
6
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
7
Percayailah cinta pandang pertama.
8
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
9
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
10
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
11
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
12
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
13
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
14
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
15
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
16
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
17
Berpeganglah kepada tiga R:1. Rasa hormat pada diri sendiri;2. Rasa hormat kepada orang lain;3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
18
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hamamerosakkan sebuah persahabatan yang besar.
19
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
20
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

Sensasi masa kini...~







Ilmu untuk dikongsi bersama...


Pagi semlm dengar radio IKIM (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulullah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"


Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata
"Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut"
Statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!


"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan"A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.Semoga ada manfaatnya.


Notis : Disedut dan diedit dari sebuah forum.

Ajari aku bercinta lagi...

Tajuk itu sungguh geletis kedengaran
Tapi ia menggambarkan jiwa aku yang menggeletis juga saat ini
Walaupun aku tak berapa pasti lah apa maksud sebenar perkataan tu
Tapi kerap aku dengar
Dan aku pun tumpang guna

Dah lamaaaaa sangat rasanya
Aku tak pernah ada hati berbual soal kekasih hati
Hakikatnya aku tak sendiri
Aku mengaku dipunyai...tapi aku macam tak rasa plak dimiliki
Faham tak apa aku kata..??
Tah aku pun tak berapa tau
Sejak lama dulu aku cuba mengalih bicara
Bila mereka bertanyakan orang tercinta

Dulu...akulah insan paling jongos
Pagi petang memegang gunting dan gam
Kertas berwarna dan segala perkasasan mencari ilham
Untuk dipos kepada dia yang aku rindu
Bersambung di corong telefon menjelang malam
Menapak aku 3 4 pagi
Mencari public phone yang berfungsi
Syiling penuh poket kanan kiri
Demi mendengar suara kekasih hati

Tapi kini.......alasan demi alasan aku bagi
Untuk tidak menjawab panggilan
SMS pun aku tak heran
Lepas waktu kerja telefon ku campak ke tepi
Baik ku layan siaran di TV
Atau berminum minuman bersama teman.

Kan aku dah cakap...
Start je topik ni aku mula boring
Lain kali je lah aku sambung....


Notis : Aku bosan.Ngantuk.

Monday, May 5, 2008

Aktiviti membersihkan sawang..~~

Singgah sebentar aku di blog aku yang dah bersawang ( bak kata sahabatku..) bagi menandakan blog ini dan bloggernya masih wujud...hikhikhik.Antara sebab-sebab yang membuatkan blog ini tidak aktif buat beberapa waktu adalah seperti berikut ;

1. Isnin - Sabtu ( 9am - 7pm ) aku sangat sibuk dengan urusan pekerjaan kampeni bos aku di mana aku hanya kuli yang menyumbang kepada profit syarikat.

2. 2-3 minggu kebelakangan ini aku melakukan pekerjaan sampingan bagi mencari pendapatan lebih untuk menampung kos insuran kereta yang bakal expired pada 10 May 2008.

3.Aku sibuk menguruskan projek tambahan rumah sedia ada bagi mendapatkan komisen merangkap duit raya.

4.Aku sibuk melepak di kedai makan membincangkan hal hal berkaitan mewujudkan perniagaan sendiri juga untuk menjana pendapatan dan mendapat title bos.

5. Aku tidak mempunyai internet koneksi ketika tamat waktu bekerja kerana sumbernya selalu juga sibuk.

6.Sedikit masa yang terluang telah aku gunakan sepenuhnya untuk merehatkan minda dan meregangkan badan.Antara aktiviti riadah yang telah berjaya aku lakukan dalam tempoh 2 bukan kebelakangan ini adalah ;

a) Makan malam di Juara Tomyam
b) Makan malam di My Friend Tom Yam
c) Membeli pasu di Plaza Angsana
d) Berkaraoke di Red Box
e) Mengambil angin beberapa kali di Danga Bay selepas pukul 12a.m
f) Menonton siaran langsung Akademi Fantasia di rumah teman.
g) Main panas dan air sambil mengutip batu batu laut di Sedili.
h) Beberapa kali bangun lewat ( selepas jam 8.30am )

Itulah saja aktiviti yang dapat aku laksanakan sepanjang 2 bulan ini.Kamu rasa aku membosankan..??? Ekleeehhh...sukati aku lahhh!!~ ( Tahpepejetah......) :P