Monday, May 5, 2008

Aktiviti membersihkan sawang..~~

Singgah sebentar aku di blog aku yang dah bersawang ( bak kata sahabatku..) bagi menandakan blog ini dan bloggernya masih wujud...hikhikhik.Antara sebab-sebab yang membuatkan blog ini tidak aktif buat beberapa waktu adalah seperti berikut ;

1. Isnin - Sabtu ( 9am - 7pm ) aku sangat sibuk dengan urusan pekerjaan kampeni bos aku di mana aku hanya kuli yang menyumbang kepada profit syarikat.

2. 2-3 minggu kebelakangan ini aku melakukan pekerjaan sampingan bagi mencari pendapatan lebih untuk menampung kos insuran kereta yang bakal expired pada 10 May 2008.

3.Aku sibuk menguruskan projek tambahan rumah sedia ada bagi mendapatkan komisen merangkap duit raya.

4.Aku sibuk melepak di kedai makan membincangkan hal hal berkaitan mewujudkan perniagaan sendiri juga untuk menjana pendapatan dan mendapat title bos.

5. Aku tidak mempunyai internet koneksi ketika tamat waktu bekerja kerana sumbernya selalu juga sibuk.

6.Sedikit masa yang terluang telah aku gunakan sepenuhnya untuk merehatkan minda dan meregangkan badan.Antara aktiviti riadah yang telah berjaya aku lakukan dalam tempoh 2 bukan kebelakangan ini adalah ;

a) Makan malam di Juara Tomyam
b) Makan malam di My Friend Tom Yam
c) Membeli pasu di Plaza Angsana
d) Berkaraoke di Red Box
e) Mengambil angin beberapa kali di Danga Bay selepas pukul 12a.m
f) Menonton siaran langsung Akademi Fantasia di rumah teman.
g) Main panas dan air sambil mengutip batu batu laut di Sedili.
h) Beberapa kali bangun lewat ( selepas jam 8.30am )

Itulah saja aktiviti yang dapat aku laksanakan sepanjang 2 bulan ini.Kamu rasa aku membosankan..??? Ekleeehhh...sukati aku lahhh!!~ ( Tahpepejetah......) :P

No comments: