SUNGGUH best ari ni...
Herm...ia adalah kerana bos aku telah berangkat dengan jayanya ke ober-c.
Best2...maka party time pun bermula..Huahuahua..
Tak banyak aktiviti aku ari ni melainkan mentenet sahaja.Makan gaji buta sungguh..ala..ok lah tu..cover lik ober-time yang tak kira tu..kan kan..fair ah kan..??
Pepagi tadi masuk opis je opismate ajak teman gi site kat Bukit Mewah.Orait la..aku pun tak ada benda nak buat kat opis ni melainkan merealisasikan niat aku untuk mengarut semula kat yang namanya blogspot nih.Best gak kot ada yang baca karut ngarut aku nih.
Herm..tetiba aku teringat time aku gi medical follow-up kat SCOG HSA last week.Huh..
SCENE 1# -
Aku leka memerhati seorang awek..er..mak orang yang mungkin masih ok jika dipanggil awek.Bleh tahan la...tetiba sorang budak pompuan lingkungan umo 4 tahun datang kat dia lalu memegang tangannye.Then..aku dengar pompuan itu berkata..
" Gi kat ayah.."
Alahhhlahlah..sungguh lembot dan sopan pertuturannya.Selembot air mukanya..Auww..
Bukan itu yang menarik perhatian aku sebenarnya.Dari mula aku dok fikir..anak dia neyh ikot muka sapa..? Maknyer bleh tahan lawa..tak lah cerah sangat sawo matang ah gitu.Tetapi...anaknya..er..mungkin darjah kegelapannya adalah 2.5 kali ganda.Maka ble maknyer menyuruh si anak gi kat ayahnya..seboklah mata aku nak mengusha.Pada firasat aku..kemungkikan bapanya adalah seorang India memandangkan features budak pompuan tuh.Tetapi...iskh..bapanya agak la hensem dan lebih putih 2 kali ganda dari maknya.Bagaimanakah...????
Tetiba ada suara sumbang tak sumbang kedengaran di seat blakangku.Seorang awek yang bersama ibunya mungkin berdasarkan suara.Hamboiiihh eh...mungkin mereka juga merasakan yang sama maka pancaindera mereka juga turut mencari sesuatu untuk dianalisa...dan mulut mereka yang kurasakan paling aktif ketika itu.
" Ish..maknya lawa..anak ikot muka sapa..?"
" Ni mesti bukan mak bapak betol ni..anak angkat kot.."
" Tengok budak tu...lain eh...? "
Kemudian ada soksek yang kurang jelas ku dengar.Tapi..aku seakan leh agak apa yang dua beranak tu tengah gosipkan.
Tetiba pintu bilik salah satu doktor pakar terbuka.Maka terpacul lah seorang jururawat yang tak berapa muda..er...dalam lingkungan 50-an lah ku rasa..
Terdengar lagilah suara yang mula ku rasa sumbang di belakangku..
" Mak oi..nurse..pencen je lah dok umah.."
" Boleh keje lagi ke tu..?
Kemudian ketawa sinis kedengaran.Lantas aku berpaling ke belakang..Ceshhh... ala-ala jer la adanya...aku nak pandang 2 kali pun maleh..
Moral of story : Masa menunggu di hospital amat sesuai untuk bergosip.SCENE 2# -
Selepas hampir 2 jam menunggu giliran...maka aku dijemput masuk ke bilik doktor.Selalunya...aku kekaguman dengan doktor-doktor yang merawat kerana mereka adalah doktor pakar belaka.Sungguh berkarisma mereka...Tetapi...minggu lepas naseb aku tak berapa baik...Berikut adalah antara perbualan aku dan doktor lelaki muda yang....er..tah..( Mengata orang itu perbuatan tak baik ).Hehehe..
Doc : Sakit apa ye..?
Aku diam tak tau nak jawab pe sambil dia membelek kad kesihatan aku.
Doc : Oh..dah pernah operate..?
Aku hanya angguk.
Doc : Buat kat mana eh..?
Aku hanya diam memerhati dia memegang laporan perubatan aku.
Isk..doktor neyh..benda depan mata baca la...malas sungguh.
Doc : O..Pantai Ipoh.Dah kawin..? O..single.
Doc : Dah pernah melakukan hubungan...?
Aku hanya memandang dan lambat-lambat menggeleng.
Doc : Maaf ye tanya..
Doc : Dah period ?
Aku : Baru nak habis.
Doc : Bila habis period ..?
Aku : Baru nak habis.......
Doc : Bulan ni dah period ?
Aku : Sedang period...Baru nak habis....
Aku dah mula rasa nak lepuk orang.
Doc : Period selalu macam biasa..?
Aku angguk dan berkata " Always pantual "
Doc : Sebulan berapa kali period ?
Aku lepuk doktor ni bleh tak..???
Aku : Sebulan sekali lah....
Doc : Sebulan berapa hari period ?
Aku : Dalam 7-9 hari.
Doc : Ada dua kali period dalam sebulan..?
Aku geleng.
Doc : So..memang tetiap bulan period eh..?
Aku dah malas nak jawab.
Doc : Pernah buat pap-smear ?
Aku pandang je muka dia dan menjawab.." Saya belum kawin.."
Doc : Oh..yer..yer..
Kemudian seorang doktor perempuan masuk dan dia merefer kad aku kat doktor pompuan tu seperti seorang murid form 6 bertanya soalan biologi kepada gurunya.
Moral of story : Klinik pakar untuk doktor pelatih..??